Friday, February 28, 2014

HARUS BERANI BERTINDAK

HARUS BERANI

Jika kita hanya angan-angan dan duduk kaku sahaja mana mungkin impian itu akan menjadi realiti. Lambat bertindak membuatkan impian kita itu akan semakin jauh tenggelam dalam sanubari.

Dalam hidup ini apa yang ingin kita lakukan kita perlu berani bertindak jika tidak kita akan ketinggalan. Usaha tangga kejayaan kerana usaha yang gigih akan menjadikan impian kita itu menjadi nyata dan realiti.

Setiap manusia di dunia ini pasti ada segunung impian. Mahukan Kereta mewah, rumah besar, melancong dan sebagainya. Tapi jika kita hanya duduk sahaja goyang kaki tengok sahaja orang berjaya sedangkan kita ini masih disitu. Tidak berganjak walaupun selangkah.

Bangun la. Bangkit la. Luaskan kuasa mu BERTINDAK segera!!!!

-SuzilaRazak-
Nukilan hati seorang wanita yang cintakan dunia perniagaan ♡♡♡

Monday, February 24, 2014

My Hero

Permata hati saya yang ke dua.

Nama :- Muhammad Dzul Rahman yang bermaksud Yang Maha Pemurah.

Tarikh Lahir :- 30.10.13

Masa Lahir :- 17:17 pm

Bearat :- 3.01kg

Sekarang dan 4 bulan. Dah pandai meniarap . Dah pandai pusing 360 darjah :-)

Sekejap je masa berlalu tau-tau dah besar pun my hero. Semoga cepat besar dan sihat macam abang Danial Amsyar ye...

-SuzieShazana-

Kuih Ketayap

Bahan Inti
Desiccated coconut/ kelapa kering 
Gula merah
Gula pasir * optional jika gula merah kurang manis
Daun pandan
1/4 cawan air

Kulit
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan air
1/2 sudu pewarna hijau (guna sudu kfc)
secubit garam

Cara:
Inti

  1. Panaskan air, gula merah, gula pasir (letak sedikit sahaja jika gula merah sudah manis) dan simpulan daun pandan sehingga mendidih.
  2. Masukkan kelapa kering dan gaul rata. Jangan masak terlalu kering. Tutup api dan sejukkan inti.
Kulit
  1. Masukkan semua bahan untuk membuat kulit ke dalam blender dan blend sehingga sebati.
  2. Panaskan pan @ kuali leper, letak sedikit minyak.
  3. Masukkan adunan kulit 1 senduk kecil dan ratakan atas pan dengan cara pusingkan pan kiri dan kanan.
  4. Bila warna hijau telah bertukar atau kulit telah masak angkat kulit.
  5. Letakkan inti ditengah-tengah dan lipat kulit dikiri dan kanan, kemudian gulung kemas-kemas.
  6. Buat sehingga adunan habis.
  7. Siap untuk dihidang, atau minum petang dengan Milo



-Suzila Razak-
http://lovelysweetycracker.blogspot.com/

8A PMR

Tahniah buat adik perempuan bongsu saya Nurul Izzaty Liyana mendapat 8A dalam PMR.
Memang catat rekod ler daalam keluarga Pakcik Razak dan Puan Kamariah sebabnya akak-akak dia tak pernah pun sampai dapat keputusan yang cemerlang seperti dia. Apa-apa pun syukur Alhamdulillah.

Tahniah Kak Sue semoga berjaya di masa akan datang.

Gambar masa raya tahun 2011. K.sue yang duduk pakai baju T-shirt hijau



-Suzila Razak-
http://lovelysweetycracker.blogspot.com/

Kata -kata Keramatmu Ibu

Dulu lain..sekarang lain..begitu la kisahnya hehe.. bukan apa sebenarnya nak bercerita tentang realiti kehidupan. Tahun 2013 adalah tahun yang banyak memberikan perubahan dalam kehidupan saya.

Semakin hari semakin berat tanggungjawab saya sebagai seorang anak, isteri, ibu dan bos. Tahun 2013 adalah tahun kehidupan saya berubah dari segi kewangan, kebahagian dan keharmonian dalam erti kehidupan di bandar metropolitan. Hidup di bandar amat berbeza hidup di luar bandar. Kos sara hidup amat tinggi.

Secara tidak langsung saya melibatkan diri di dalam dunia perniagaan. Pada permulaan ianya hanyala sekadar hobi di masa lapang sahaja. Dari 1 tapak, saya melangkah ke 2 tapak dan seterusnya semakin bertapak-tapak. Syukur Alhamdulillah Allah maha mendengar doa hambanya. Setiap kali saya balik ke kampung saya lihat wajah emak saya bagaimanakah untuk saya membalas jasanya? Bagaimana cara untuk saya buat emak saya lebih gembira?

Suatu hari saya nekad untuk bantu emak saya dengan dorongan dan semangat dari suami tercinta maka tertubuhnya syarikat SUZYRICH CRACKER ENTERPRISE. Yang mana saya mengeluarkan produk dengna jenama SWEETY CRACKER. Hari ini saya masih perlukan banyak ELMU memandangkan saya tiada asas di dalam duni perniagaan. Sungguh perit dan pelbagai dugaan yang harus saya tempuhi untuk merealisasikan impian ini. Kini saya bersyukur kerana apa yang saya  korbankan, usahakan selama ini memberikan hasil yang sungguh mengembirakan. Walaupun sedikit tidak sehebat orang lain tetapi saya merasa puas apabila emak saya cakap "Along, emak bangga dengan kau sebab kau dah banyak buat kerepek mak semakin dikenali dan banyak tolong adik-adik kau. Mak doakan kau berjaya dunia dan akhirat" huhuhu... berlinangan air mata apabila kata-kata keramat ini lahir dari mulut emak.

Kini saya perlu berusaha lebih gigih kejar target kalau tahun lepas saya berjaya 8k kenapa tidak hari ini saya boleh dapat lebih dari itu. Sesungguhnya saya bersyukur semoga hasrat saya untuk membawa kedua ibu bapa saya pergi Umrah tercapai suatu hari nanti. Amin...

-Suzila Razak-
http://lovelysweetycracker.blogspot.com/

Sunday, February 23, 2014

GERBANG 2014

Assalamualaikum...

Apa khabar u olzz..lama kan saya tinggalkan dunia blogers ni. He. He.. Bukan tiada cerita untuk dikongsikan. Bukan tiada idea untuk dikarangkan. Bukan tiada nafsu untuk bercerita tetapi kekangan masa yang sungguh mencemburui kehidupan saya hari ini. Semakin hari semakin banyak tugasan dan aktiviti yang harus saya lakukan.

Kini telah melangkah masuk ke tahun 2014. Ini bermakna 5 tahun sudah saya berkongsi cerita suka duka bersama anda semua. Sejak bekerja di JKR rakan-rakan saya ini la yang telah meperkenalkan saya tentang dunia blogger. Thanks to my friends Mimie, Shaza, Dila, Rex, Oyen, Abg Joe dan Fazrul. (Ada lagi tak nama yang saya tak sebut kihkih...)

Banyak sangat-sangat untuk saya kongsikan dengan anda tentang kehidupan saya sekarang ini. Sesungguhnya saya amat BAHAGIA dikurniakan keluarga yang sungguh ceria dan gumbira selalu serta dikelilinggi sahabat-sahabat yang sentiasa beri support.

Okey nanti saya bercerita lagi tentang erti KEBAHAGIAAN.. baby montok saya sudah nanis hehe..

~Suzie Shazana~

Wednesday, January 2, 2013

3.01.2013

Saje je nak tunggu date hr ni sbb nak update blog..huhu...baru nak taip azam baru..semngat baru..kenangan baru..hehe..

Alhamdulillah masih di panjangkan usia sehingga ke hari ini tahun baru 2013

AZAM??????

apa azam korang ek tahun baru ni?

aku punya azam dah tanam awal2..siram kasi baja semoga mekar harum semerbak jgn azam di tgh jalan sudah huhu...
 
ok HAPPY NEW YEAR... :-)