Monday, February 24, 2014

Kata -kata Keramatmu Ibu

Dulu lain..sekarang lain..begitu la kisahnya hehe.. bukan apa sebenarnya nak bercerita tentang realiti kehidupan. Tahun 2013 adalah tahun yang banyak memberikan perubahan dalam kehidupan saya.

Semakin hari semakin berat tanggungjawab saya sebagai seorang anak, isteri, ibu dan bos. Tahun 2013 adalah tahun kehidupan saya berubah dari segi kewangan, kebahagian dan keharmonian dalam erti kehidupan di bandar metropolitan. Hidup di bandar amat berbeza hidup di luar bandar. Kos sara hidup amat tinggi.

Secara tidak langsung saya melibatkan diri di dalam dunia perniagaan. Pada permulaan ianya hanyala sekadar hobi di masa lapang sahaja. Dari 1 tapak, saya melangkah ke 2 tapak dan seterusnya semakin bertapak-tapak. Syukur Alhamdulillah Allah maha mendengar doa hambanya. Setiap kali saya balik ke kampung saya lihat wajah emak saya bagaimanakah untuk saya membalas jasanya? Bagaimana cara untuk saya buat emak saya lebih gembira?

Suatu hari saya nekad untuk bantu emak saya dengan dorongan dan semangat dari suami tercinta maka tertubuhnya syarikat SUZYRICH CRACKER ENTERPRISE. Yang mana saya mengeluarkan produk dengna jenama SWEETY CRACKER. Hari ini saya masih perlukan banyak ELMU memandangkan saya tiada asas di dalam duni perniagaan. Sungguh perit dan pelbagai dugaan yang harus saya tempuhi untuk merealisasikan impian ini. Kini saya bersyukur kerana apa yang saya  korbankan, usahakan selama ini memberikan hasil yang sungguh mengembirakan. Walaupun sedikit tidak sehebat orang lain tetapi saya merasa puas apabila emak saya cakap "Along, emak bangga dengan kau sebab kau dah banyak buat kerepek mak semakin dikenali dan banyak tolong adik-adik kau. Mak doakan kau berjaya dunia dan akhirat" huhuhu... berlinangan air mata apabila kata-kata keramat ini lahir dari mulut emak.

Kini saya perlu berusaha lebih gigih kejar target kalau tahun lepas saya berjaya 8k kenapa tidak hari ini saya boleh dapat lebih dari itu. Sesungguhnya saya bersyukur semoga hasrat saya untuk membawa kedua ibu bapa saya pergi Umrah tercapai suatu hari nanti. Amin...

-Suzila Razak-
http://lovelysweetycracker.blogspot.com/

No comments: