Monday, February 24, 2014

Kuih Ketayap

Bahan Inti
Desiccated coconut/ kelapa kering 
Gula merah
Gula pasir * optional jika gula merah kurang manis
Daun pandan
1/4 cawan air

Kulit
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan air
1/2 sudu pewarna hijau (guna sudu kfc)
secubit garam

Cara:
Inti

  1. Panaskan air, gula merah, gula pasir (letak sedikit sahaja jika gula merah sudah manis) dan simpulan daun pandan sehingga mendidih.
  2. Masukkan kelapa kering dan gaul rata. Jangan masak terlalu kering. Tutup api dan sejukkan inti.
Kulit
  1. Masukkan semua bahan untuk membuat kulit ke dalam blender dan blend sehingga sebati.
  2. Panaskan pan @ kuali leper, letak sedikit minyak.
  3. Masukkan adunan kulit 1 senduk kecil dan ratakan atas pan dengan cara pusingkan pan kiri dan kanan.
  4. Bila warna hijau telah bertukar atau kulit telah masak angkat kulit.
  5. Letakkan inti ditengah-tengah dan lipat kulit dikiri dan kanan, kemudian gulung kemas-kemas.
  6. Buat sehingga adunan habis.
  7. Siap untuk dihidang, atau minum petang dengan Milo



-Suzila Razak-
http://lovelysweetycracker.blogspot.com/