Sunday, June 17, 2012

KERANA KAU ANAK

Assalamualaikum semua rakan sahabat sekalian

Jawab salam cik kiah dulu br baca entry ni ok he he

Hari ni aku nak berkong si sket tentang masalah yang di hadapi oleh anak bujang aku ni
Sekarang anak aku dah sembilan bulan..semakin lasak, buas dan aktif..kalau letak dalam lumpur lecak pun dia redah hehe....semasa aku mengandung hingga la melahirkan MDA@Muhammad Danial Amsyar.. Alhamdulillah aku tidak mengalami sebarang masalah.

Sejak Amsyar berumur 3 bulan kulit Amsyar nampak sedikit perubahan..first pada kulit kepala dia iaitu kerak kepala..mula dari sikit terus merebak jd banyak..dah mcm2 ubat kami suami isteri cuba..lama juga kerak kepala dia tu..kadang sampai berdarah-darah dan berair..sedih memang sedih.kadang tak sampai hati tapi apa boleh buat..dugaan...kemudian selepas beberapa bulan kerak kepala tu beransur pulih..tapi kini kulit muka dia plak kemerah-merahan macam ruam. Habis muka Amsyar. Sedih juga bila tengok dia mengaru-garu kesian je nak tido pun kadang tak selesa..Aku cuma  mampu tarukkan ubat je untuk redakan gatal tu... sekarang ni dah sembilan bulan still macam tu juga tapi kali ni penyakit ni semakin merebak dekat badan, kepala, muka, leher, ketiak...Doktor kata anak aku kene Ekzema.

Apa itu Ekzema

Ekzema merupakan kegatalan di bahagian kulit yang disertai kesan atau tompokan merah yang disebabkan oleh alahan. Ekzema slalunya terjadi pada bahagian muka dan lipatan kulit seperti bahagian siku dan lipatan lutut dan boleh tersebar ke bahagian kulit lain.


Rawatan

Tiada ubat yang boleh mengubati ekzima sehingga pulih. Kebiasaan penyakit ini akan beransur pulih apabila umur 2 tahun atau 6 tahun.

Oleh demikian kami suami isteri cuba sedaya mungkin untuk mengurangkan penyakit ini menjadi lebih serius. Semalam kami pergi farmasi cari produk jenama MooGoo. Kami beli 1 set. Apa yang di sarankan oleh doktor pakar. Kulit Amsyar sangat sensitif. Kami harap produk ini dapat membantu. Semoga Amsyar tak gatal-gatal lagi....


MooGoo 1set+mandian = RM226.00 $$$$$$$$$$$
sesangat la mahal


Muka merah-merah

dah botak sebab kepala dah start merah dan gatal-gatal






No comments: