Wednesday, August 3, 2011

Doa Ku Buat Mu

Ya Allah ,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah ,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .
Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .
Ya Allah ,
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .


2 comments:

fifa said...

suzie!!ada link baru eh..

mesti risau amat pk pasal baby eh..
dunworry~he will b a good+cute son..amin,,cpt2 la baby lahir..blh kawan dgn abg adam rayyan~

suzie shazana said...

he..he..
ha ah la kak..dia semakin aktif gerak gerinya slalu buat tertanya2 baby mama ni ok ke tak he..he..sbb tak pernah rasa mcm tu..sampai berombak2 perut kita ni he..he..
tp alhamdulillah...sbb dah dpt penerangan dr dr.fifa dan org yg dah berpengalaman he..he..cuma mlm nak tido rasa tak slesa jer..