Saturday, October 23, 2010

DISEBALIK CERITA TENTANG PISANG

PISANG....APA YG MENARIK TENTANGNYA...SO YOU ALL CAN READ THIS STORY...


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik
yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung
kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji.. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling
mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan
tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya
menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak.Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur,
makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri
tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup
kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik.
Menyayangi lebih baik daripada membenci…!



oleh demikiaan jgn la kita membenci orang walaupun org itu pernah menyakiti kita...@ pun melukai hati kita...selamat beramal...

4 comments:

qaseh johanna said...

pergh..mne ko cilok ni sz.???hehehe

Aki said...

suzi buat sendiri bai... (taip sendiri,curi tempat lain gak.. hshahaha)

Suzie Shazana said...

memandai je rex..aku olah sendiri la...sbnrnya cite ni pendek tp aku pnjgkan he..he..aku jumpa lam laptop yg dah berkurun lama...

fazrul arzahan said...

aku suka makan pisang..tp xl obses ngan pisang..sbab pisang hanya multi purpose untuk wanita je :) peace..no war